WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Jan-2009 11:48 Email | Share | | Bookmark
CC & FC FOR TV3

fancy cookies - ice cream
sample fc-ice cream
cupcake for tv3
View all 5 photos...




Salam untuk semua ..

Atas permintaan dan pertanyaan yang diterima bertalu kat hp tu , ok disini ida siarkan sekali lagi gambar fancy cookies bentuk ice-cream yang memang dibuat khas masa demo kat tv3 pasal ice-cream tu .

Cupcakes pun sama jugak dibawa sebagai buah-tangan untuk krew Wanita Hari Ini sebagai ucapan terima kasih kerana sudi menjemput Ida Bakery yang terkucil2 sebelum on air tu....

Harga untuk fancy cookies tu saiz L = 4inci] 25keping cuma -RM37 .
Cupcake pulak 25 = RM35

Jika ada yang berminat nak order contact Ida Bakery at 0163357790 or emails to merpati66.fotopages.com ya , kalau tak nak order tapi nak belajar pun no hal ,ada kelas untuk membuat fancy cookies dan jugak cupcake ya .

NOTE : Ada permintaan untuk mengadakan demo ice-cream ditempat kerja masing utk mengisi waktu lunch yang panjang pada hari jumaat dan jugak ada pulak yang mintak ada kan demo sebagai aktiviti persatuan mereka ,semua ini boleh dijalan jika kena syarat2nya ....Untuk keterangan lebih lanjut contact Ida Bakery at 0163357790 ya or emails to merpati66@gmail.com ya ,maaf lee tak dpt nak balas sms yang diterima terlalu banyak tu ya...

[i]


Tuesday, 6-Jan-2009 01:37 Email | Share | | Bookmark
HOME MADE ICE CREAM LIVE ON TV3 - WHI 30/12/08:12PM

Dietician, Zura, Fiza & Dina
masa nie tengah menunggu nak shoot...tu dok berdebar2 tu...
tengah keluarkan barang2 sebelum shoot...
View all 7 photos...




Salam untuk semua dan Selamat Maal Hijrah semuga tahun baru nie membuka lembaran baru dlm hidup kita semua dan syukur atas limpah n kurnia yang allah berikan dan kesempantan yang diberikan untuk kita untuk terus beramal ibadat amin....

SYUKUR ALHAMDULILLAH SEGALA BERJALAN DENGAN LANCAR WALAUPUN TERKUCIL-KUCL SAMPAI 5 KALI GIE TOILET SEBELUM RANCANGAN KEUDARA TAU..

ATAS PERMINTAAN RAMAI NIE DIA RESEPI ICECREAM TADI KAT TV3 TU YA..maaf dipinta kerana tidak dpt menjawab kesemua sms yang diterima ya & jugak miss call yang dibuat ya .Selain dari icecream, Ida Bakery jugak mengadakan kelas untuk membuat Cupcake, Fancy cookies, Kek Fondant,brownies, ciscake, creampuff, dll ya , untuk keterangan lanjut sila hantar pertanyaan anda kepada merpati66@gmail.com ya .

Jom tengok resepi ice cream yang boleh dibuat sendiri tanpa menguna ice cream maker ya...hanya gunakan blender sahaja tapi kena pastikan blender tu bersih dan memang untuk blender buah2 bukan yang blender cili tu ya . Tapi kalau yang berkemampuan nak beli ice cream maker tu no hal ya .Tips paling penting elok bekukan ice cream lebih dari 8 jam ya ,lagi lama beku lagi cantik jadinya ice cream anda, jika mengunakan mixer /pembancuh kek tu , kena pukul dulu bekukkan selama 2 jam lepas tu keluarkan semula dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 3 minit ya & Jika anda nak kurang manis boleh kurangkan sukatan gula ya . Cara termudah hanya gunakan blender ya . selamat mencuba

ICE CREAM DRAGON FRUIT

BAHANYA

2 CAWAN SUSU SEGAR
2 1/2 CAWAN COFFEE MATE / SUSU TEPUNG
1/2 GULA ICING
1 BIJI BUAH DRAGON FRUIT - ISI MERAH

CARANYA:

BLENDERKAN SUSU, COFFEE MATE & GULA ICING SELAMA 3 MINIT
AKHIR MASUKKAN BUAH DRAGON FRUIT - BLENDER KEJAP AJEE

BEKUKAN SELAMA 8 JAM.

========================================

ICECREAM ALMOND COFFE CAPPUCINO

BAHANYA
2 CAWAN SUSU SEGAR
2 CAWAN COFFEE MATE
1/2 CAWAN SERBUK ALMOND/BADAM
1/2 GULA ICING
2 SUDU BESAR COFFEE CAPPUCINE PASTE

CARANYAE
BLENDERKAN KESEMUA BAHAN SELAMA 3 MINIT
BEKUKAKAN SELAMA 8 JAM

===================================
ICE CREAM STRAWBERRY CHEESCAKE

BAHANYA
2 CAWAN SUSU SEGAR
2 1/2 CAWAN COFFEE MATE/SUSU TEPUNG
1/2 CAWAN GULA ICING
2 SUDU BESAR STRAWBERRY PASTE
150 GRM CISCAKE

CARANYA
BLENDERKAN KESEMUA BAHAN KECUALI CHEESECAKE SELAMA 3 MINIT
AKHIR MASUKAN CISCAKE N BLENDER KEJAP SAJE
BEKUKAN SELAMA 8 JAM

============================================================

[i]


Monday, 5-Jan-2009 11:34 Email | Share | | Bookmark
BAHULU OREN ROLL.....

bahulu dah masak
sapu jem
gulung ikut suka....
View all 4 photos...


Salam utk semua

Ok kali nie kita cuba satu lagi resepi sempoi ya , dulu ingatkan buat bahulu tu
susah lee tapi sekarang dah tahu rupanya sempoi ajee n boleh diperlbagaikan tau .

Jom kita buat bahulu oren roll....yes let roll and roll ya

BAHULU OREN – Penyulawa.Fotopages


3 biji telur ayam
120 grm gula halus
- pukul selama 15 minit dengan kelajuan tinggi

130 tepung gandum – ayak dulu kemudian masukkan
tepung sedikit demi sedikit dlm adunan telur tadi perlahan2
dengan mengunakan senduk kayu .

letak perisa oren or perwarna ikut suka.

Note : boleh bakar cara cupcake jugak ,tapi ida just letak
Dlm dulang lapik dengan kerta minyak , dah masak
Sapu strawberry jem , gulung ajee masa panas2
Jadi mcm swillroll..sempoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

NOTE : KELAS CUPCAKES, KELAS FONDANT MASIH LAGI BERJALAN SEPERTI BIASA, JIKA ADA YANG INGIN MENYERTAINYA SILA CONTACT IDA BAKERY AT 0163357790 OR EMAILS TO MERPATI66@GMAIL.COM YA

[i]


Sunday, 4-Jan-2009 14:38 Email | Share | | Bookmark
ROCK BUN.....



Salam untuk semua

Jom kita ubah selera pulak ya, lepas puas makan ice-cream kali nie kita rock n roll lak ya..dengan resepi biskut dari Zaiaziz.fotopages, katanya resepi zaman sekolah dulu , tak kesah lee janji sempoi ok jom tengok resepinya ya..

ROCK BUN

125grm tepung gandum
1st baking powder
45 grm kismis / coklat cips
45 grm mentega
45 grm gula halus
15 grm kulit limau
1biji telur
1st esen vanila

caranya sempoi ajee
- tepung gandum + b/powder - diayak bersama
- gaulkan mentan + tepung - jadi mcm bread crumb tu ya..
- masukkan kismis, kulit limau dan gula - gaul sebati
-akhir baru masukkan telur [telur dipukul dgn esen vanila dulu ya]
- adunan dicekup2 or diponjot2 mcm duit 50sen tu ya
-bakar 180 selama 15 or 20 minit..

selamat mencubaaaaaaaaaa...yes rock n roll bun ...
[i


Sunday, 4-Jan-2009 12:49 Email | Share | | Bookmark
Kelas Fondant & ciscake -4/1/2008




Salam untuk semua

Kelas hari nie dimulakan dengan kelas ciscake dihadiri oleh Anis & Dya , lepas tu baru kelas fondant cuma dya ajee yang teruskan , anis nak jalan2 katanya , maklum lee hari ahad kan faham2. Tapi tu lee mcm leh lupa ambil pic anis n ciscakenya begitu jugak dengan ciscake dya , dah nak upload pic baru perasan looo pic ciscake tak ada lak .

apa2 pun terima kasih kepada anis n dya kerana sudi datang belajar dengan akak ya . Dya nie pernah datang belajar wat cupcakes tahun lepas so tahun baru dya nak buka langkah baru lebarkan sayap datang belajar wat deco kek fondant n ciscake semuga terus berjaya ya Dya.

Note : Jika ada sesiapa nak belajar buat kek fondant, ciscake or cupcake contact Ida Bakery at 016-3357790 or emails to merpati66@gmail.com ya
[i]


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net