WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Dec-2008 13:29 Email | Share | | Bookmark
Puding Pelangi




Salam untuk semua

Jom kita wat puding pelangi ya , asyik tengok pelangi lepas ujan ajee jom kita tengok pelangi dlm piring lak ya . Resepi dah bertahun2 disimpan akhirnya terpaksa test power dulu sebelum berani terima tempahan , gamaknya kalau tak ada org nak gerenti resepi tu dok terperap lagi tu .

Resepi nie dia
RAINBOW MARBLE PUDDING ~ Blackmore

Bahan2nya
1 bungkus serbuk agar2 (13 gm per paket)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 biji telur bersaiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepong custard
1 sudu makan serbuk koko [guna coffee paste ajee ]
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Note : Jika ada yang terliur malas nak buat tu jgn segan2 contact ajee Ida Bakery at 0163357790 or emails at merpati66@gmail.com ya
[i]


Tuesday, 16-Dec-2008 10:52 Email | Share | | Bookmark
Brownies cis....lain dari yang lain nie




Salam untuk semua

Brownies cis nie ditempah oleh Ninie untuk hari jadi suaminya yang amat2 meminati bola, mula2 nak lukis logo MU tak jadi lak , Ninie kata suami peminat bola sepak kedah ok lee letak bolak hijau kuning tu ajee lee ya . Selamat Hari jadi untuk suami Ninie dan terima kasih kerana order brownies cis dari Ida Bakery ya .

Note : Jika anda teringin nak order brownies cis mcm nie contact Ida Bakery at 0163357790 or emails to merpati66@gmail.com ya .

[i]


Monday, 15-Dec-2008 11:18 Email | Share | | Bookmark
Muffin Pandan ..






Salam untuk semua

Dah lama rasanya tak share rsepi kan kan, ok jom kita wat muffin tembam ya . Resepi nie dicetak rompak dari fp rinnchan ajee maklum nak cari sendiri malas . Tergoda tengok muffin pandan yang gebussss dan mcm gunung berapi tu ida pun cuba lee , betol cakap rinn baunya harum masa bakar n tak berapa manis pun amat sesuai untuk semua golongan , kurangkan gula kan . Nak dptkan muffin yang mengunung mcm rinn kata letak adunan tu penuh cup tu...insyahallah akak nak mengunung mcm gunung berapi tu , tak caya cuba leee

MUFFIN PANDAN dari Rinnchan fotopages
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

note utk mamafami : Lu jgn berani nak penyek2 wa punya muffin yang mengebu nie ya
, kalau nak penyek2kan lu buat sendiri tau jgn mareeeeeeeeeeeeeeeee muffin ku mcm gunung berapi tu

NOTE : berminat nak order muffin pandan untuk sbarang majlis contact ajee Ida Bakery at 0163357790 or emails to merpati66@gmail.com ya , tak nak order leh wat sendiri resepi tu dia ha...

[i]


Sunday, 14-Dec-2008 19:07 Email | Share | | Bookmark
Happy Besday....






Salam untuk semua

Syukur alhamdullilah masih berkesempatan untuk menyambut ulangtahun yang ke ???? , tak yah kira lee semua org dah tahu tengok fp punya tag pun dah faham kan kan , tak yah guna calculator pun nak kira kan kan kerana umur tu tiap2 tahun akan bertambah jadi jgn susah2 kan diri dengan mengiranya ya , yang penting syukur alhamdullillah kesihatan yang diberikan allah, rezeki yang melimpah ruah allah berikan , keluarga yang bahagian allah berikan dan jugak kawan2 dialam cyber yang baik2 belaka . Sesungguh tiada yang lebih bahagia bagi setiap manusia tu kecuali allah berikan kebahagian bersama2 keluarga tercinta .

Hadiah tak perlu nak cerita lee tengok dari pic dah tahu kan kan kan walaupun ada yang diidam2kan tak dpt tapi tak aper lee tunggu beli sendiri lee gamaknya kot .Apa2 pun hati tersentuh dapat kad dari anak sendiri siap gan poem tu .

Ya allah terima kasih kerana memberi peluang kepada hamba mu ini untuk terus berada didunia nie untuk beribadat kepada mu amin.....
[i]


Saturday, 13-Dec-2008 10:19 Email | Share | | Bookmark
Kelas CC & FC 0 13/12/08

Cc dari sugarpaste
hasil kelas 13/12
free hand deco with pipping gel
View all 6 photos...




Salam untuk semua

Kelas CC & FC dihadiri oleh Zana dari KL , dah lama benar zana nie nak joint kelas tapi sibuk dengan tugasannya , akhirnya tercapai lee apa yang zana idamkan untuk belajar wat cc dan fc ya . Jadi lepas zana leh kembangkan sayap tu wat business ya insyahallah rezeki masing2 ada allah dah tetapkan ya . Terima kasih untuk Zana kerana sudi datang belajar dengan akak ya dan mintak maaf jika ada kekurangan ya ,

Note : Jika ada yang teringin nak belajar mcm Zana nie wat FC or CC or fondant kek contact Ida Bakery at 0163357790 or emails at merpati66@gmail.com



[i]


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net