WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Dec-2006 04:35 Email | Share | Bookmark
Cheese Cake...

nie lee bahan2nya...
nampak kan biskut disgestive dan cheese brand pheladaphia tu...
hancurkan biskut jadi cam niee
letak marjerin atas tepung biskut tu...
gaul till jadi cam nie
tekan dalam acuan mcm nie..lepas tu masuk dlm peti ais jap
dlm bekas lain letak cheese, telur +gula = pukul till kembang
keluarkan base dari peti ais
tuangkan cheese yg dah kembang tadi
ok dah tuang semua tadi...boleh bakar dah...
ok dah siap bakar , tunggu sejuk masuk dlm petiais semula
dah boleh potong
tu nampak tak cheese dia...
nie utk yang minat kat cheese cake
potong nak kasi hero2 makan
nie untuk anak dara...
resepi nie sebenarnya dah lama betol ada dlm senarai resepi sempoi saya , dan banyak kali pun buat sebab sempoi ajee . So kepada sesiapa yang kata tak ada mixer or mesin kek tak ada alasan lee nak buat cheese cake nie... . Resepi asal nie diberikan oleh seorg kenalan masa dekat office lama , seorg lawyer lelaki jgn ingat org lelaki tak tahu memasak tau , lawyer lak lagi tu...katanya lepas tension kat court tu balik umah dia memasak resepi yang sempoi2 ajee..Resepi nie gerenti menjadi sebab tak perlu letak tepung pun...biskut tu dah jadi base cake tu...

CHEESE CAKE

1 buku pheladalphia cheese (katanya brand lain tu pantang.. )
1 biji telur ayam
3/4 cawan gula castor
1 cawan mentega
1 sudu the esen vanila
1 sudu perasa oren (optional ajee)
1 packet biskut digestive (sebagai base) , nak guna biskut lain pun tak aper.

caranya

1.hancurkan biskut hingga menjadi tepung/serbuk .
2.campurkan dengan 1 cawan mentega- (kalau rasa mentega dan biskut tidak sebati tambah lagi sikit mentega) gaul hingga boleh jadi base cheese cake nanti dan tekap kedalam acuan bekas kek or apa2 acuan yang disuka (pastian acuan boleh dibakar).
3.masukkan kedalam peti ais selama 30minit ajee
4.dlm bekas yang lain masukkan pheladaphia cheese, gula dan telur – pukul hingga kembang dan akhir masukkan esen vanilla dan perasa oren (kalau suka) – pukul hingga sebati dan kembang.
5.keluarkan base cheese cake tadi dari peti ais dan tuangkan cheese yang sudah dipukol tadi keatas base tadi dan bakar dlm oven selama 45 minit, sejukkan sebentar sebelum masukkan dlm peti ais semula.
6.Boleh dihidangkan bila2 masa.

selamat mencuba..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net