WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Dec-2006 12:46 Email | Share | Bookmark
MASAKAN DARI KACANG PHOOL/PARANG - VERSION SENDIRI..

kacang phool version malaysia...
kacang phool dah masak...
telur goreng....
roti dah bakar garing....
ready to eat....
memandangkan masih ada lagi kacang phool tu dlm almari rasanya elok lee dimasak malam nie , kalau tidak entah bila lee kacang tu nak kena makan pulak .

So rasa kena tukar menu lee sikit, hubby dan anak2 suka makan pedas sikit jadi kali nie masak kacang phool nie version campak2 ajee . Masak mcm nie lee paling suka sebab tak yah susah nak sukat2 .

Bahanya : kacang phool, cili boh (dah siap sentiasa dlm petiais tu.. ) bawang merah dipotong dadu, cili hijau dihiris, telur goreng mata lembu/kerbau (ikut suka lee nak panggil aper ya ). Caranya paling sempoi, tumis cili boh dlm kuali, masukkan kacang phool (airnya buang setengah), masak hingga mendidih, masukan telur sebiji dan kacau supaya kuah pekat, letak lee garam or serbuk perasa sikit, tutup api, sementara kuah masih panas masukkan bawang dan cili potong tadi, siap untuk dihidangkan. Kalau ikut orang singapura makan kacang phool nie selalu dengan roti perancis, memandangkan kat umah tak ada roti perancis yang ada cuma roti malaysia ajee (roti gardenia lee tu ) so panaskan roti tu supaya garing , baru makan dengan kacang phool tu tadi.... licin semuanya....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net