WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Dec-2006 13:00 Email | Share | Bookmark
SPAGETTI GORENG - VERSION CAMPAK2

 
ok nie lagi satu menu spagetti goreng version campak2 ,maksudnya tak payah nak sukat2, timbang2 ,semua bahannya ikut apa yang ada kat umah tu ajee... .

Anak2 memang suka makan spagetti tak kira lee masak style apa pun gerenti licin, so tengok kat umah ada sayur sawi, cili mesin mcm biasa sentiasa ada, ada telur , ada sosej ajee . Ok lee tu so wat lee spagetti goreng version campak2 ajee...

Mula spagetti kena lee rebus mcm biasa , letak minyak dan sedikit garam ,dah masak toskan air nya. Panaskan kuali , letak minyak dan goreng sosej dulu hingga agak2 garing (sosej nie pun ikut suka le nak letak banyak or sikit) , angkat sosej dan masukkan cili boh . Goreng cili hingga masak, letak air sedikit dan letak serbuk perasa dan garam, masukan semula sosej dan pecahkan telur sebiji supaya kuah pekat dan masukkan spagetti ,gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan sayur sawi tadi tutup api , jadi sayur tak lee layu sangat. Hidangkan masa panas2 ...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net