Want your
own Fotopage?







 
WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Dec-2006 04:29 Email | Share | Bookmark
WANTAN MEE KICAP....

WANTAN MEE KICAP
FISH BALL + PUCUK TAHU + BAWANG GORENG
WANTAN MEE + SAWI CELUR....
Dalam banyak2 mee hanya wantan mee kicap lee yang paling digemari oleh anak2 dan jugak hubby . So dah lama lee nak masak cuma tak berkesempatan sebab nak jumpa wantan mee tu agak susah sikit kat tesco dan carefour tak ada pulak... cuma kebetolan gie kedai runcit kecik kat rumah nak beli pisang ternampak pulak wantan mee nie so apa lagi lee boleh lee mulakan projek wat wantan mee kicap.

Wantan mee kicap nie selalu makan kat kedai ajee (kat belakang hospital besar, KL) dan ini lee pertama kali nak wat sendiri tau... so kira2 resepi main campak2 ajee ya... masa makan kat kedai tu dok perhatikan mcm cara disediakan so kira2 ok lee leh wat nie..

Bahanya

wantan mee (nampak mcm sanggul tu
sayur sawi
cili merah or cili jeruk

untuk sup pulak
fish ball dan pucuk tahu
kiub ayam
bawang goreng
sedikit lobak asin (nie paling penting utk sup , tak ada nie tak sedap mcm kat kedai tu... )
kalau suka leh letak daun sop ya..

untuk wat kicap pulak
kicap pekat manis
sos tiram
gula merah sikit

caranya:-

1) celur sawi dlm air panas sekejap (letak minyak dan baking powder supaya sayur nampak segar kehijaaun ajee)
2) potong cili , masuk dlm piring kecik dan letak kicap cair sikit or boleh jugak potong cili api kalau nak pedas lagi.
3) wat sup lagi sempoi, masukkan kuib ayam + fish ball + pucuk tahu + lobak asin , masak hingga mendidih - masukkan dlm mangkok kecil untuk dihidangkan tabur bawang goreng ya..
4) wat kicap pulak - kicap pekat manis tu + sikit ajee gula merah + sikit air sup tadi + sikit sos tiram = kacau dlm mangkok supaya sebati (rasa2 ee ya jgn manis sangat)

5) untuk mee lak - jerang air hingga mendidih , celurkan mee dia pusing2 elok guna chopstick agar sanggul tu terbuka, pusing2 kan dlm 2 minit ajee, angkat masuk dlm tapis terus lalukan bawah air paip sekejap ajee dan masukkan semula dlm air panas tadi kejap ajee...(hasilnya mee akan lembut dan sejat mcm tu... nie pun tengok mcm tokeh kedai tu wat jugak) masukkan dlm bekas besar letak kicap yang bancuh tadi gaul sebati dan letak dlm pinggan , letak sawi atasnya dah boleh hidangkan..

6) kalau rajin lagi leh letak isi ayam yang dah disiatkan atas mee tadi..


selamat mencuba... hasilnya jeng2....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Note :
******

dR ali : jemput makan

rafiz : kalau lapar tu ! mai jemput datang rumah ya..

rosleenda : kak leen tu resepi kat atas wantan mee kicap tu nie mesti kak leen tengok mee ajee tu...

Kuchai : cuba jgn tak cuba

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net