Want your
own Fotopage?






 
WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Dec-2006 06:21 Email | Share | Bookmark
KEK SARANG SEMUT..

nampak tak sarang semut tu..
jeng2 baru puas hati nampak sarang semut tu...
closeup nampak sarang...
dari sudut lain
sajee nak tunjuk lagi
dah berterabur dlm piring
dah susun
cantik2
dalam
piring untuk dimakan....
Dah lama sebenarnya mencari resepi kek sarang semut yang betol2 jadi sarang bila kek tu masak.. jeles betol tengok kat pasar mlm jual tu cantik2 ajee ada sarangnya tapi tak suka beli kat pasar malam tak tahu sebab aper pun (sebenarnya takut sakit perut sebab kueh mueh tu selalunya dah masak awal2 sangat ) tak per memandangkan dah jumpa resepi yang dicari2, lepas nie tak yah tengok ajee dah boleh buat sendiri , so raya haji nie (ahad) boleh buat banyak2 sikit... . Ok resepi nie dpt dari Koleksi Resepi Pilihan Diana under thread kek

Kek Gula Hangus Puan Halimah
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

my method pulak..

tak tukar apa2 pun sebab tak berani takut tak ada sarnag pulak nanti...
tapi masih perap jugak lee dlm 3 jam mcm tu...(sebenornya dah buat tu keluar gie supermarket sebab tu leh perap sampai 3 jam ) dan bakar dlm suhu 200 selama 40 minit (sebenarnya bergantung kepada jenis oven masing tau... elok sekali guna lidi ajee dah licin lidi tu kira dah masak lee.. )

Note : mesti cuba tau tak rugi sebab gerenti menjadi utk raya haji hari tau... tengok lee hasilnya



Quote:


mamafami : wat lee ikut resepi nie gerenti menjadi sebab ida rasa yang penting kena perap selama 3/4 jam tu , kalau tak perap tak keluar sarangnya tu...
F&Z : setelah mencuba beberapa resepi akhirnya berjaya lee dpt texture mcm nie , seronok betol bila buatnya menjadi
Kuchai : kek nie mesti diperap baru dpt texture cam nie tau akak dah cuba byk resepi tapi tak ajar suruh perap so tak menjadi sarangnya.. kalau kuchai wat mesti perap ya...
Nurizah : tak boleh pilih nak guna api atas or bawah ke? sebab oven kat umah tu boleh pilih nak guna both or atas ajee or bawah ajee , tapi mungkin boleh wat mcm u cakap tu tutup ngan aluminium foil untuk 1 jam pertama dan buka aluminium foil tu untuk 11 minit akhir untuk bahagian atas tu kan , harap2 menjadi ya dan selamat berkenalan
coyotemawi : kurang pasti lak abt oven tu tapi bedal ajee lee
chendana : dah buat nanti update ya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net