WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Jan-2007 14:38 Email | Share | Bookmark
HOME MADE DADIH...

home made dadih
warna putih susu + buah-buahan
perasa strawberry
perasa coklat
dadih tunggu sejuk
closeup dadih
Selalu beli dadih kat pasar malam aje.. tapi kali nie cuba wat sendiri (resepi nie tanya kat makcik yang jual dadih kat pasar malam tu, oleh kerana kita dah selalu beli dan dok selalu tanya dia pun cakap lee bahan2 asas dia aje dan kita pun cuba lee .)


Dadih

bahan2nya:
8 sudu besar susu tepung ( tak kira lee brand aper pun , janji susu tepung )
2 litter air
2 sudu besar/11 grm serbuk agar2 tak berwarna
1 cawan gula
secubit garam
perwarna or perasa ikut suka or buah-buahan dlm tin .

caranya :-
- masukkan susu dan susu kedalam bekas - kacau sehingga sebati dan tapiskan.
- kemudian masak atas api yang sederhana dan campurkan gula dan letak secubit garam.
- bila susu dah mula panas,masukkan serbuk agar2 tadi dan masak sehingga mendidih dan tutup api dan
tapis sekali lagi.
- ambil 1/3 dari bancuhan tadi letak dlm bekas dan campur buah-buahan dlm tin.
- ambil 1/3 dari bancuhan campur dengan pess strawberry , kacau sehingga sebati, tapis dulu dan
masuk dlm bekas .
- ambil 1/3 dari bancuhan campur dengan coklat emulco - kacau sehingga sebati , tapis dan masuk dlm
bekas.

note :
- kalau tak nak campur dengan apa2 perasa or perwarna , lepas mendidih boleh terus masukkan dlm bekas dan tunggu sejuk sedikit baru boleh masuk dlm petiais.
- ada juga org gantikan susu tepung dengan coffeemate (terpulang pada selera masing2 ya )
- saya guna susu tepung anlene ajee (sebab banyak kat rumah pun susu arwah bapak mertua meninggal 3 bulan dulu , so susu dia tak ada siapa nak makan , jadi dari membazir tu lebih baik lee saya recycle wat kan dadih , lepas nie boleh sedekah kat jiran2)nt
-untuk yang tengah berdiet jgn takut boleh guna susu rendah lemak (mcm anlene jugak )

SELAMAT MENCUBA....



Quote:

mamafami : ida buat muka tembok ajee mintak resepi tu so agaknya makcik tu dah boring asyik do meregek ajee menanya dia pun kasi lee allhamdulillah lee menjadi semuga business makcik tu terus berjaya walaupun salah seorang pelanggan dia dah ilang (ida lee tu )
MrBaha : dadih nie memang menyelerakan dan elok untuk kesihatan selamat mencuba
Kuchai : looooooo tak leh bau susu tepung tu ganti lee gan coffee mate ajee
Meorjay : dadih homemade nie memang sedap dan terjamin pun mutu serta kualitinya
MummyJam : tak pernah rasa , tak per nanti datang rumah ida ya makan puas2 ya
zfad: kalau tak ada serbuk agar2 guna agar2 biasa ok jugak
xx: fresh milk ok kot tak pernah cuba lak... tak per nanti leh cuba guna fresh milk lak ya
coyotemawi : boleh letak lee apa2 pun ikut selera masing2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net