WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jan-2007 10:28 Email | Share | Bookmark
HOME MADE BREAD....

tepung tengah bancuh
kejap jee jadi doh roti
raisin carterpillar bread lum masak
nie dah masak...
sosej bread lak...belum masak
nie dah masak letak cili sos + mayonis
cheese bun belum masak
cheese bun dah masak...
Dah mixer baru tu teringin lak wat roti lak ya lee nak test betapa powernya mixer tu. Ok resepi dari Koleksi resipi pilihan diana - thread roti.

BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)

Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

My method lak
tak guna shortening pun ganti ngan marjerin ajee
bahagian roti kepada 3 bahagian dan wat 3 jenis roti
1- raisin caterpillar
2- cheese bun
3- sosej

Note : bukan nak masuk angkat sendiri lee tapi mixer nie betol2 hebat, kejap ajee bancuhan tu jadi doh tau... dan very2 smooth the doh nampak gaya lepas nie mahu lak kedai roti tutup kedai kan

nie raisin catterpillar bread jadi tak berapa cantik tapi dah ilang setengah pun


nie lak sosej bread


cheese bun


Atas permintaan ramai tentang mixer made in malaysia nie , ida sertakan disini nama, alamat dan jugak no telephone, emails sekali ya... tapi kalau gie sendiri kat tempat tu mixer yang nie ada yang paling kecik sekali tau.. , kalau harga mixer kenwood untuk 6litter lastest brand ialah RM2300 (cash) dekat kedai nie boleh dpt yang tinggi 3/4 kaki tu tau so boleh bayangkan lee nak bancuh aper ya agaknya wat dodol kot ..oppppppppppsssss ok ok here is the address..
CKE MARKETING (KLANG LAMA) SDN BHD
LOT PT 391A, BATU 2 1/2 JALAN CHERAS
56100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL 603-92823333, 92844441 FAX 603-92832016
EMAILS : ckekl@tm.net.my
website : http://merpati66.fotopages.com.. jgn maree website tak tahu lak

MODEL : I/BSO-BM5 BAKERY MACHINERY 5L


Quote:

BondaEcah :memang seronok dpt mixer baru, cuma masa tak mengizinkan nak belasah dia cukup2 tu , nak buka kilang roti kena beli mixer yang besar sekali tu..
Norazlina: thanks to drop at my fotopages
Ajzie : memang mcm2 leh buat cuma tak sempat lagi nie , tunggu lee cuti hujung minggu nanti
Mamafami : elok lee mama balik nanti beli aje tau , very2 heavy duty , very2 cheap compare with others brand dan very2 lastinng pulak tu.. hissssss mcm salesman untuk tokeh tu pulak ya. apa2 pun tak rugi belinya, tunggu lee ida belasah cukup mixer nie tengok dia tahan or tidak ya
Zakiah : dah sampai jepun rupanya dia ya tak dpt lee kita date bersama ya, tak per tunggu your trip back here ya , pasal mixer nie memang kalau tanya orang mesti kata buatan malaysia tak bagus (ayat nie dah jenuh dengar pun ) tapi kalau kita org malaysia tak percaya buatan sendiri mcm ya.. ceh wahhhhhhhhhh mcm ahli politik berpidato lak ya... ,mcm nie lee za, biar akak belasah cukup2 mixer than we will know the result ya... , sedangkan mixer ada brand pun akak belasah tahan setahun ajee (tak leh cakap jenama nanti ada yang guna brand tu pulak sue akak nanti) , tapi bagi akak lee mcm mixer tak cepat rosak kalau loading nya lebih dari capacitynya kan... apa2 pun akak tetap percaya MALAYSIA BOLEH.... HIDUP BERJAYA ku.....
rozeela : ok address dah ada tu, emails pun dah ada jugak so jgn segan2 tanya tau.... roti wat sendiri tu mesti lee sedap kan... (bukan kes masuk bakul angkat sendiri tau tapi masuk lif tekan butang sendiri )
anony: haaaaa kat atas tu dah tepek jgn lupa calling tau kalau jadi beli update kat sini ya (kena mintak komisen kat kedai tu nampaknya nie )
Sabrina : roti2 , ada mcm2 roti kat sini , cik nak order ke? ada jual roti, giant puff, dadih, cupcakes mcm lee....
Hanieliza : kak liza kalau untuk berniaga , ida rasa memang berbaloi beli mixer jenis nie tau ,bukan nak kempen sebab ada member kat johor beli yang besar tu untuk berniaga dan dia pun kata so far tak ada hal ngan mixer tu walaupun dah 2 tahun dia belasah cukup2... semuga rezeki kak liza tahun nie lagi murah ya..
melur : cuba lee kalau ada masa ya
farida : kalau berniaga kecil2 or besar pun ok jugak beli mixer jenis nie


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net