Kalau baca namanya pun dah tahu daging tu dari mana kan... , baru berkesempatan memasaknya setelah berbulan lee dalam petiais tu.. sampai daging tu dah naik merajuk kerana tak dimasak2 .
Ok kali nie masak stew daging, resepi nie pun paling sempoi ajee... makan pulak dengan homemade bread kan...
Stew daging korban... bahanya :-
tulang daging
rempah sup tulang
bawang putih, bawang merah dan halia - untuk menumis
kentang - 2 biji besar
carrot - 1 biji besar
bawang besar - 2 biji besar
2 sudu besar serbuk kentang
caranya : rebus tulang dengan air selama setengah jam or hingga daging tu lembut sikit
bila dah lembut angkat ketepikan dulu
tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau bersama dengan rempah sup...
masukkan tulang dan air rebusan tadi bersama dengan kentang , bawang besar dan carrot
masak hingga kentang betol2 empuk (hancur sikit2)
masukkan 2 sudu besar serbuk kentang - kacau till kuah pekat
angkat hindangkan dengan roti perancis or apa2 roti kosong lee..
note : kalau tak ada serbuk kentang jgn susah hati lebihkan kentang dan hancurkan kentang bila dah empuk dlm kuah supaya kuah jadi pekat sedikit
Quote:
kuzi : bukan setakat sedikit semangkok pun boleh kasi rasa
sue : boleh boleh jemput lee makan sama
yangmazni : mcm janji2 lah ya nak buat sup tulang
zakiah : tu lee za, akak nie memang ada peyakit "M" so masak tu memang nak cari yang sempoi2 ajee
Ouled Kenitra : tak leh pandang kiri kanan nanti abis
MamaFaMi : tu lee tengok modelnya orang dah tahu memang sedapkan.. mcm lee fatin tu tak montel kena dera makan ajee
halifah : wahhhhhhhhhh sungguh tajam deria bau mu itu... nie leh keja kat airport nie jadi kastam tangkap org bawak masuk dadah..
kuchai : loooooooooooooooooo ya ke kuchai wat stew jugak... tu lee memang jodoh kita kuat betol ya... mcm boleh baca dlm minda akak nie masak aper ya...
fazi*zaid : kat sana sejuk ya... mesti best kena makan sup panas2 kan...
rinnchan : anak ajee makan , mamanya tukang masak ajee kena maintain berat badan