WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Feb-2007 09:58 Email | Share | Bookmark
WANTAN GORENG, CEKODOK SAYUR & WAFFLE....

wantan goreng...
cekodok sayur
nie rupa waffle maker..mamafami punya
nie pulak ida punya...hehehe sandwhich maker
nie rupa waffle yang guna acuan betol..mamafami punya
nie rupa yang guna sandwhich maker pulak...
Hari Minggu yang relax sebab semua org bercuti so ada banyak masa untuk mencuba pelbagai resepi yang banyak bersusun didapur tu... , bukan pinggan mangkok yang bersusun ajee tau..tapi resepi yang ku print hampir satu kotak besar tu... sampai hubby kat nie satu tahun punya resepi ke? .
So minum petang nie ada byk lee resepi yang sempat dicuba

Ok PROJEK PERTAMA :

Wantan Goreng , (resepi nie dapat dari Koleksi resepi pilihan diana) . Under thread "seafood" thanks diana for the lovely resepi..
so sama2 kita mencubanya ya... (just cut & paste ya..malas nak type tu )

D’WANTAN GORENG

Bahan-bahannya
250 gram isi udang, dicincang halus
70 gram karot, disagat
70 gram sengkuang, disagat
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk perasa jika suka
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Isi udang, karot, sengkuang, tepung jagung, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili.

Nota: D suka menggunakan isi udang kerana ia manis dan sedap jika kita hendak buat versi Sup Wantan tanpa menggoreng wantan tersebut. Dan campuran lobak dan juga sengkuang akan buat isi wantan lebih juicy. Jika mahu anda boleh campurkan isi udang bersama isi ayam.


Note from me
guna isi ayam ajee sebab cari udang tadi kat supermarket tak ada....jadi sedap jugak tu...
makan dengan sos cili thai..




PROJEK KEDUA : Cekodok Sayur resepi nie pulak terjadi kerana lebihan dari isi wantan diatas tadi tu...sebab ida gunakan isi ayam dua ketol, lepas tu carot dan senkuang tu pun banyak lagi, so jadikan cekodok tambah dengan serbuk cili, serbuk perasa, dan daun bawang dan daun sup...method mcm buat cedokok biasa ajee

kesimpulanya :
apa2 yang terlebih tu jangan dibuang ada gunanya


PROJEK KETIGA: waffer (from mamafami fotopages)
teringin lee sangat nak wat waffer ,tapi tak ada waffer maker cam mama fami tu, tapi
ada sandwhich maker so apa lagi lee tibai ajee , hasilnya alrightttttttt
(mama ok ya , ida just cut & paste malas mahu type tu.. )

WAFFLES
Bahan-bahan :

2 cawan tepung
2 sudu teh gula
1 cawan susu
2 biji telur ~ diasingkan kuning dan putih
4 sudu kecil serbuk penaik
50 g majerin ~ dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan majerin yang dicairkan. Perlahan-lahan tuangkan susu segar. Kacau hingga sebati.
3. Pukul putih telur hingga kental. Kaup balikkan ke dalam bater.
4. Tuangkan sedikit bater ke atas waffle maker dan biarkan hingga keperangan.
5. Boleh disajikan bersama aiskerim dan sirap.

Note : kesemua bahan2 diatas ida just masukkan dlm blender ajee... , cuma susu tu kena tambah lagi 1 cawan sebab guna blender ... (biasa lee penyakit "M ku tiba pulak).
dah siap makan dengan honey + butter
kalau tengok gambar tu waffle mama ngan ida punya betol2 mcm antara dua darjat kan..(mcm cerita ibu mertua ku pulak lakk. )

so sesiapa yang tak ada waffle maker tu jgn susah hati.nie dia solution tu our problem..
walau pun rupa tiada tapi rasa dia wowwwwwwwwwwww


Quote:


zakiah : tak ada sandwhich maker tak per za, tibai ajee atas kuali leper... ,kita yang buat waffler tu so jgn takut mencuba , ada yang buat jugak tau...

sue : murahnya sue nampak gaya 3 tahun kat sana mahu mcm brang sue dpt beli kan.. buat sue jgn tak buat dah ada yang berjaya membuatnya...

Chendana : terpaksa kreatif sikit sebab tak ada maker tu..

MamaFaMi : kan dah memang terkenal diseluruh nusantara kan... , tak sangka lee mama ooiii ada yang berjaya membuatnya tau , nampak gaya lepas nie tak ada lee lagi waffler maker ya..

Tina : terima kasih jugak kerana sudi menjeguk disini...jemput masuk jgn malu2 ya... ida tak pandai masak masih belajar dari mamafami tu... (ppsssstt mamafami tu pengasas kepada fotopages masakan ida nie... )

za : boleh aper salahnya za, cukup bulan akak hantar bil ya

Zana : bila dah terdesak tu mcm2 ilham lee timbul tau.. , ida sendiri pun gelak tengok rupa waffler ida ngan mamafami tu..betol2 jauh berbeza... tak per lee janji ada rasa...

lynnhassan : boleh lynn letak bancuhan tu byk sikit kalau ciput tak jadi cantik pulak... , kerana berani mencuba mula2 tu tak cantik tapi kali kedua mesti cantik tu...

Zarawi : terima kasih kerana sudi menjeguk disini ..jemput masuk ya..

snap : jemput datang rumah lee mcm2 ada nie...

hanieliza : cuba leee kat liza wantan goreng tu.. , nie makanan cina asalnya tapi kat kl dah ramai org melayu pandai makan...

zilzal : bahaya tu keyboard nanti meletup tu...

rinnchan : looooooooooo jgn susah hati kalau dua2 makers tak ada tibai atas kuali ajee..

F : terima kasih sudi singgah disini ada waffler tu kena rajin wat selalu ya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net