WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Mar-2007 01:04 Email | Share | Bookmark
ROTI KRIM COKLAT

 
 
 
 
Ok entry roti pulak...kali nie cuba resepi dari Yani (myresepi)

Roti berinti krim coklat. Breadmaker recipe
Bahan-bahan ( 8 biji )
·-Doh Roti-
·140ml air
·20g telur
·250g tepung roti
·20g gula
·4g garam
·25g mentega
·3g (1 sudu kecil) dry yeast
·8g susu tepung
·-Krim coklat-
·40g coklat
·300g susu segar
·40g gula
·30g tepung jagung
·12g mentega

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. ON kan.
2.Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
3.Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
4.Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
5.Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
6. Ambik satu doh roti, getel memanjang lebih kurang 25-30cm.
7. Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan butter. Buat sampai habis.
8. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit.Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
9.Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan butter cair or suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
10.Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan pipe kan krim coklat tadi ke dalam roti.
11.TIP: Kalau tak nak buat bentuk ni pun takpe.. boleh buat bentuk bulat dan letak krim coklat di dalam.

Note : yummy2 anak2 pasti suka


Quote:


jeff : cuba lee ya nanti leh update kat your fotopages

RaqynRafiqin : tak per uli mcm biasa ajee pun ok jugak kalau tak pun print ajee lee dulu tunggu ada bm baru wat ya

kiera : oh ya ke? nanti leh wat ya

zilza : nak suruh wat kan... boleh2 mai datang sama2 buat ya

nabialishad : tu lee dah ada kon tu so guna kan lee kalau tak rugi beli ajee

zana/ros : tu ida beli tak banyak pun cuma dlm 11 ajee nie yang besar kalau yang kecik2 untuk wat cookies kan...

zakiah : tu lee za angin menganas nie lepas nie senyap lee kejap kan

d decoribbon : tima kasih sudi singgah disini ya

mamafami : dah tu gua dah beli tanduk tu kena lee gua betol2 weeiiiii

za : tunggu akak wat second round ya tapi bila lak ya



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net