WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Oct-2007 00:12 Email | Share | Bookmark
BUAH MELAKA ....

BUAH MELAKA....

Dah lama tak buah melaka ,ada orang panggil ondeh2 . Apa pun namanya kuehnya tetap sama dari pulut dan intinya letak gula melaka . Kueh paling mudah disediakan , so tak ada alasan kata tak tahu bua kueh ya .

Ok jom tengok bahan2 nak buat kueh Buah Melaka .

Bahannya
Tepung Pulut - 1 paket
2 sudu tepung gandum
perwarna hijau
perasa pandan
secubit garam
sedikit air...
gula melaka - dipotong kuib2
kelapa parut - bahagian putih sahaja + sedikit garam

caranya :
satukan kesemua bahan dalam bekas dan uli
tapi air tu kena hati2 jangan curah semua masuk sikit2 ya .

didihkan air dalam periuk,
ambil adunan sedikit letak atas tapak tangan leperkan
dan letakkan sedikit gula melaka , balut dan jadikan
macam sebiji guli dan masukkan dlm air yang mendidih
tadi.. , tunggu sehingga timbul , angkat dan terus
golekkan atas kelapa parut tadi .

note : kalau rajin lagi ada org suka letak keledek dalam
adunan pulut tadi , ikut suka ya , satu adunan
nie dapat banyak jugak so sedekah lee kat jiran2 tu ya
[i]
JOM TENGOK BUAH MELAKA DISEBALIK KELAPA PARUT TU


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net