Want your
own Fotopage?







 
WELCOME TO IDA BAKERY

By: Ida Isk

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Nov-2007 09:49 Email | Share | Bookmark
KEK KUKUS ASAM MANIS HAW FLAKES

Ok nie dia kek kukus asam manis
nampak tak asam manis tu...
closeup lagi tapi tak leh potong tengok ajee
dah masuk bekas
ready to collect

Ok nie lagi order dari customer yang betol2 suka makan kek asam manis nie . Katanya susah nak cari org buat kek asam manis nie lagi .Alahai aper ke susahnya wat kek nie paling sempoi ajee cuma ambil masa ajee nak kukus tu..

KEK KUKUS ASAM MANIS HAW FLAKES
BAHANYA
250 grm butter
1 ½ cawan gula halus
7 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 paket biskut cream crakers Hup Seng
½ cawan susu cair
½ cawan susu segar
4 bungkus kecil asam manis haw flakes
perwarna ikut suka – merah dan hijau

caranya:-
1. panaskan kukus
2. blender biskut sampai jadi serbuk tepung
3. pukul butter dan gula hingga kembang
4. masukan telur – sebiji demi sebiji sampai abis
5. masukkan esen vanilla, susu cair, susu segar – pukul hingga sebati
6. masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit – hingga sebati
7. bahagian kepada dua bahagian –warnakan ikut suka
8. ambil 4 sudu letak dlm loyang – kukus 10minit
9. lepas 10 minit keluarkan dari kukus letak asam haw flakes ,
letak 4 sudu perwarna lain dan kukus lagi 10minit.
10. ulang process , tepung dan asam sehingga abis adunan .
11. last lapis kukus 20 minit – sejukkan baru keluarkan dari loyang

Note : KALAU RASA SUSAH NAK BUAT TU JANGAN RISAU
ORDER AJEE DARI IDA BAKERY [0163357790] ya
Harga cuma RM35 aje
[i]
Jom jamu mata tengok kek lapis asam manis kita ya



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net